Image






Di sini Rasa, Jiwa & Minda Bersatu

ANNOUNCEMENT OF EXCOCIPTA AWARD WINNERS

Latar Belakang

Pertandingan Mencipta Lagu merupakan sebuah acara yang mengundang para peserta untuk menciptakan lagu berdasarkan lirik yang telah bertemakan kecintaan kepada Negara, keluarga dan motivasi. Biasanya, melalui perrtandingan ini, para peserta akan menulis lirik berdasarkan tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan membuat gubahan muzik bebas serta merakam vokal bagi melodi lirik tersebut.

Melalui pertandingan ini, diharapkan agar ianya dapat menjadi salah satu saluran untuk meningkatkan lagu-lagu yang membangkitkan semangat patriotik dan memberi inspirasi kepada semua golongan masyarakat bermula dari institusi keluarga dan sesama amnya.

Pertandingan LAGUCipta ini merupakan satu daripada 4 kategori Pertandingan dalam EXPO KECEMERLANGAN REKACIPTA (EXCOCIPTA) anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS), iaitu satu pertandingan rekacipta yang terbesar di BORNEO yang berlangsung pada 31hb Julai 2024 – 2hb Ogos 2024.

Objektif

Image
1. Mendorong Kreativiti
Memberikan platform untuk para peserta untuk mengekspresikan kreativiti mereka dalam menciptakan lagu-lagu yang terinspirasi dari puisi-puisi, menggabungkan elemen muzik dan sastra dengan cara yang unik dan berinovatif.
Image
3. Membangun Komuniti Seniman
Menciptakan peluang bagi para penulis lagu, penyanyi, dan pencipta muzik untuk berkolaborasi dan berinteraksi dengan para penyair, memperkuat komuniti seniman dan meransang pertukaran ide serta pengalaman.
Image
4. Mengapresiasi Seni Interdisiplin
Menghargai dan mempromosikan pendekatan interdisiplin dalam seni, memperlihatkan bagaimana muzik dapat menjadi sarana yang efektif untuk mengekspresikan makna dan emosi yang terkandung dalam sebuah puisi.
Image
5. Meningkatkan Apresiasi Masyarakat
Mendidik dan meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap seni muzik dan sastra, dengan memperkenalkan karya-karya baharu dan mendorong penglibatan aktif dalam kegiatan budaya.
Image
6. Memberikan Penghargaan dan Pengakuan
Memberikan penghargaan kepada para pemenang untuk mengakui prestasi mereka dalam menciptakan karya-karya yang menginspirasi dan berkualiti tinggi, mendorong mereka untuk terus berkarya dan mengembangkan bakat mereka di bidang ini.

Komponen Acara

Kumpulan Sasaran

Penyertaan

  • Penyertaan secara online
  • Penilaian akan dilakukan sebanyak dua peringkat saringan secara online (dari audio) dan manakala 10 peserta akhir akan bertanding secara bersemuka.
  • Hadiah Juara, Niab Juara, Ketiga dan 7 sagu hati disediakan
  • Terdapat 4 anugerah khas Juri iaitu;
    • Gubahan Muzik Terbaik
    • Vokal Terbaik
    • Persembahan Terbaik
    • Lirik terbaik
  • Tarikh TUTUP PENYERTAAN ialah 30hb Jun 2024
  • Pengumuman 10 pencipta yang layak ke peringkat akhir ialah pada 17hb Julai 2024.
  • Pertandingan Akhir akan dilaksanakan pada 31hb Julai 2024, Jam 12.00 petang di Pentas utama, Dewan Kuliah Perdana, UMS.
  • Setiap penyertaan akan menerima Sijil Penghargaan dari pihak penganjur.
  • Proses penyertaan boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR yang diberikan.

Syarat Pertandingan

  • Terbuka kepada semua warga negara Malaysia.
  • Tema lagu adalah BEBAS. Bagaimanapun, lirik hendaklah TIDAK menyentuh tentang isu-isu SENSITIF berkaitan dengan politik, agama dan kaum di Malaysia.
  • Durasi lagu hendaklah di antara 3:15minit dan 3:45minit sahaja.
  • Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM100 bagi setiap lagu.
  • Peserta boleh menghantar penyertaan tanpa had bilangan lagu. Setiap penyertaan tambahan masih dikenakan yuran sebanyak RM100 bagi setiap lagu.
  • Produksi lagu hendaklah lengkap dengan gubahan dan iringan muzik.
  • Audio lagu hendaklah dihantar dalam format mp3, 320bit rate. Lirik hendaklah disertakan.
  • Semua 10 lagu yang layak ke peringkat akhir adalah hakmilik penganjur iaitu UMS. Bagaimanapun, peserta kekal sebagai “Pencipta” dan layak menerima sebarang royaliti sekiranya lagu ciptaan tersebut dikomersialkan oleh pihak UMS melalui mana-mana media sosial dan digital streaming yang boleh menjana pendapatan.
  • Setiap penyertaan yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan dan yuran tidak akan dikembalikan.
  • Segala perbelanjaan produksi dan perbelanjaan 10 peserta akhir bagi pertandingan ini adalah dibawah tanggungan peserta sendiri.
  • Bahasa lagu yang diterima adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa KDMR (Sabahan).
  • Keputusan juri professional adalah MUKTAMAD.

Pendaftaran & Yuran

Image

Perincian Bayaran:
Payment can be made throught Jom Pay 
Biller Code : 65292
REF1 : PR19010
REF2 : PEREKA2024 / STEMQuest2024 / NexGen 2024/ LAGUCipta 1.0

For any inquiry:
Email: excocipta[a]ums.edu.my

Hadiah untuk Pemenang

Contact Us:

Image

Organizer:

Address: Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia 

Contact Person:

Mr. Mohd Aiddy Suffian Abd. Rashid
Tel: 088-320000 ext: 102887  |  Email: aiddy[a]ums.edu.my

Mr. Putera Faidz Hassanal bin Nordin
Tel: 088-320000 ext: 102887  |  Email: puterafaidz[a]ums.edu.my
© 2024, JTMK, UMS