SYARAT & TERMA PENYERTAAN STEMQUEST IGNITE (EXCOCIPTA 2024)
Tema Pertandingan:
Leading Towards Innovative Societies
Kategori Penyertaan:
Pra-Pendaftaran - 1 - 15 April 2024
Penghantaran Video & Abstrak - 16 April – 14 Jun 2024
Pengumuman Finalis - 1 Julai 2024
Penyediaan Booth - 30 Julai 2024
Penilaian - 31 Julai – 1 Ogos 2024
Penutupan & Penyampaian Hadiah - 2 Ogos 2024
Tempat: Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah
Syarat Penyertaan:
Semua penyertaan akan dinilai dari segi inovasi, impak, potensi pengkomersilan dan penilaian poster atau video yang dipertandingkan.
Tema Pertandingan:
Leading Towards Innovative Societies
Kategori Penyertaan:
- Peringkat Pra Sekolah (Inventor Si Cilik)
- Peringkat Sekolah Rendah (Inventor Junior): Tahun 1-3 & Tahun 4-6
- Peringkat Sekolah Menengah (Inventor Muda): Menengah Rendah & Menengah Atas
Pra-Pendaftaran - 1 - 15 April 2024
Penghantaran Video & Abstrak - 16 April – 14 Jun 2024
Pengumuman Finalis - 1 Julai 2024
Penyediaan Booth - 30 Julai 2024
Penilaian - 31 Julai – 1 Ogos 2024
Penutupan & Penyampaian Hadiah - 2 Ogos 2024
Tempat: Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2, Universiti Malaysia Sabah
Syarat Penyertaan:
- Setiap penyertaan dikehendaki menghantar abstrak inovasi yang bakal dipertandingkan dan mengikut format yang diberikan. Inovasi peserta haruslah berkaitan dengan topik dalam Sukatan Pelajaran Sains (Biologi, Fizik atau Kimia), atau Matematik/Kejuruteraan/Teknologi. Unsur mesra alam sangat digalakkan dalam inovasi tersebut.
- Hasil inovasi yang disenarai sebagai finalis wajib dipertandingkan dibentangkan secara fizikal.
- Penyertaan secara berkumpulan boleh menghantar sehingga tiga (3) orang pelajar dan dua (2) orang guru pembimbing bagi setiap kategori. Setiap kumpulan boleh menghantar lebih dari satu inovasi.
- Peserta diwajibkan untuk memastikan inovasi yang dihasilkan tidak melanggar hak cipta atau hak milik intelektual pihak lain. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang pelanggaran hak milik intelektual oleh para peserta.
- Hasil inovasi yang dipertandingkan haruslah hasil karya asal ataupun penambahbaikan nilai atau fungsi sedia-ada dan bukan hasil salinan atau plagiarisme.
- Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan keaslian inovasi yang dipertandingkan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang pelanggaran hak milik intelektual oleh para peserta.
- Setiap peserta atau kumpulan boleh menghantar lebih dari satu inovasi.
- Setiap penyertaan dikehendaki menghantar abstrak inovasi yang bakal dipertandingkan dan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Bagi penyediaan video, setiap video yang direkod mesti:
- Dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Setiap video mesti ada sarikata Inggeris.
- Maksimum sepuluh (10) minit, termasuk tajuk dan kredit akhir.
- Bermula dengan sepuluh (10) saat pra-pengenalan yang menyatakan:
- Tajuk video.
- Tema video.
- Bidang (Biologi/Fizik/Kimia/Matematik/Kejuruteraan/Teknologi).
- Nama peserta dan mentor/guru pembimbing.
- Nama sekolah & nombor telefon.
- Dalam definisi tinggi (HD). Tiada bahan kasar, keganasan, atau yang dianggap tidak sesuai oleh penganjur untuk pertandingan.
- Dimuat naik ke YouTube dan ditetapkan sebagai mod tidak tersenarai (unlisted). Video mesti dimuat naik di bawah Lesen: Creative Commons-Attribution. Pautan video ini perlu dikongsi melalui Borang Google yang disediakan bagi tujuan penilaian.
- Semua hantaran mesti diterima sebelum pukul 11.59 malam pada 14 Jun 2024. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab bagi hantaran lewat atau yang tidak berjaya. Hanya hantaran lengkap akan dinilai dan diberikan sijil penyertaan.
- Setiap finalis dikehendaki membuat pembentangan secara fizikal pada tarikh penilaian akhir, 31 Julai - 1 Ogos 2024. Pembentangan yang dibenarkan (secara terus ataupun video) haruslah tidak melebihi 10 minit.
- Semua peserta (atau wakil kumpulan) diiringi guru pembimbing diwajibkan hadir semasa sesi pembentangan kerana perlu menghadiri sesi soal-jawab bersama penilai. Gagal hadir secara fizikal akan bawa kepada penyingkiran dari pertandingan.
Semua penyertaan akan dinilai dari segi inovasi, impak, potensi pengkomersilan dan penilaian poster atau video yang dipertandingkan.